Punca Kulit Kusam dan Cara Atasinya

Kalau nak atasi kulit kusam ni, paling penting kita mesti tahu apa sebab atau punca yang boleh membuatkan kulit kita menjadi kusam.

Ramai orang tak tahu tabiat kita ini lah yang menyebabkan kulit muka kita semakin kusam. Jadi, apa sebenarnya tabiat buruk kita yang kita tak sedar yang boleh menyebabkan kulit kusam?




So, di bawah ini saya senaraikan 10 punca kenapa berlakunya kulit kusam.

1. Tidak Mengamalkan Scrub.

- Kita selalu amalkan cuci muka dan sapu pelembap di muka tapi kita lupa nak scrub muka. Kita lupa nak masukkan rutin scrub muka itu dalam proses penjagaan kulit muka kita.

- Scrub sangat penting untuk menanggalkan kulit mati yang ada di muka kita. Begitu juga kulit badan kita, kita perlu scrub badan sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu.

2. Tidak minum air secukupnya.

- Air sangat penting dalam tubuh badan kita. Hampir 70% dalam tubuh badan kita adalah terdiri daripada air. Kalau kita malas minum air, macam mana nak dapatkan kulit yang bersinar?  Sebab itulah, kulit kita makin kusam berkedut.

3. Tidak mengamalkan masker.

-Scrub tak buat. Masker pun tak buat juga. Jangan jadikan alasan penat atau malas nak buat pupur untuk kulit muka kita kalau nak kulit bersinar dan tak kusam.

4. Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai.

- Ini berlaku pada diri saya sendiri. Kulit muka saya dikategorikan kulit muka yang kering dan sensitif. Selama 1 tahun saya guna pencuci muka yang salah. Dan akhir ya, kulit muka makin kering dan kusam.

5. Stress.

- Tekanan boleh menyebabkan kulit kita kelihatan kusam. Sebab itu kita perlu sentiasa berfikiran positif.

6. Tidak cukup tidur/rehat.

- Saranan terbaik untuk mendapatkan tidur yang cukup untuk orang dewasa ialah 6-8 jam. Cuba tengok balik adakah kita cukup tidur/rehat atau tidak?

7. Tidak mencuci solekan di muka dengan sempurna.

- Ini adalah satu tabiat buruk yang saya selalu buat. Cuci cukup bagi tak nampak sakit baki solekan. Macam mana nak kulit glowing?

8. Tidur dengan sisa solekan masih di muka.

- Berkait rapat dengan poin nombor 7. Tak cuci dengan bersih dan terus masuk tidur dengan muka yang masih ada sisa solekan. Tahu tak, sisa solekan boleh menyebabkan liang Pori muka kita tersumbat dan seterusnya menyebabkan jerawat.


9. Persekitaran seperti asap rokok, debu atau habuk.

Kadang-kala, kita terpaksa berkerja di luar atau beraktiviti luar rumah. Contohnya,  aktiviti riadah bersama anak-anak, bersenam, hiking dan banyak lagi. So,jangan malas cuci muka dengan bersih.

Dan, sarung bantal serta cadar juga perlu ditukar seminggu sekali. So, pendek kata jangan malas. Hehe

10. Tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Akhirnya, Siapa suka makan makanan segera dan bergoreng? Kfc, Mc Donald, Burger,  Keropok, Air soda dan banyak lagi.

Buah-buahan dan sayur-sayuran makan tak? Susu ada minum tak? Kalau tak jaga pemakanan, macam mana nak atasi kulit kusam?


Disini, saya akan kongsikan kepada semua cara untuk mengatasi kulit kusam. 😊

Kalau anda ada masalah kulit yang kusam, saya cadangkan anda perlu mengambil 3 Vitamin Shaklee ini iaitu Sustained -Release Vita C plus, B-Complex dan Vitamin E.


Sustained Release Vita C PLUS atau dikenali sebagai Vitamin C Shaklee boleh membantu untuk membentuk kolagen dalam badan.
Selain Itu, Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit seluruh badan.
Malas, Vitamin C Shaklee ini juga dapat menghilangkan kedutan dan jerawat serta merawat kulit kasar dan kering.



B-complex pula bertindak untuk melembapkan kulit supaya kulit lebih glowing. B-complex juga bertindak sebagai anti-stress dimana stress penyebab jerawat serta ia juga bantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.



Akhirnya sekali ialah Vitamin E dimana fungsi utamanya ialah membantu memudarkan parut jeragat dan parut jerawat. Vitamin E ini juga membaiki tekstur kulit so tona kulit lebih sekata serta mengurangkan kedutan dan garisan halus di muka.





Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau nak lebih info mengenai Set Kulit Cantik bagi atasi kulit kusam ini boleh hubungi saya menerusi Whatsapp di 012-801 2476 .

Follow Facebook 

 Shafizah Man

Instagram 

 Shafizah Beauty

Shafizah Man

Pengedar Shaklee Sabah
📲012-801 2476 




Comments

Girllyen Marcie said…
Air air air.. nutrien nutrien nutrien.. sunscreen sunscreen sunscreen.. semua ni penting..
Konsisten dengan vitamin ini pasti kulit kembali sihat
Nowa Mommy said…
Kulit kusam boleh diatasi 💪🏻
Maglynna Andrew said…
Terima kasih atas tips nya!

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP