Tips Bina Semangat Bila Rasa Down Dalam Business

Bila kita rasa down...

Down sebab kita kecewa.  Rasa mahu putus asa. Rasa penat. Rasa sakit hati. πŸ˜…

Tapi, apa yang saya selalu buat kalau rasa down.

Pertama, nangis... Semestinya saya akan bagi saja air mata ni mengalir.

Menangis boleh buatkan hati rasa tenang. Menangis saja. Tak salah pun.

Yang salah bila kita menangis meraung-raung sampai mogok tak mahu makan dan berkurung dalam bilik seharian.



Kedua, saya tak akan online. Facebook,  Instagram,  Wechat, Blog. Semua tutup sebentar.

Kenapa? Wanita ni hati sensitif tau. Kita cenderung nak luah macam-macam kat media sosial.

Cukup la kita saja yang tau apa masalah kita, tak perlu hebohkan. Nanti orang lain pun ikut stress sama tengok status kita.




Ketiga, saya akan cari orang yang ambil berat dengan diri ini. Contohnya,  mentor.

Entah berapa kali dah mengeluh, mengadu, mengarang ayat yang panjang lepas tu sent dengan mentor.

Bagi tahu kat Mentor, hati terasa sedih dan down sangat. 😭

Mentor ni, orang yang berpengalaman.  Dorang dah pernah rasa apa yang kita rasa. Dorang dah pernah berdepan dengan masalah yang kita tengah hadapi ni.

Mentor akan bagi nasihat,  kata-kata semangat,  pesanan dan banyak lagi. So, kita dengar dan terima apa yang mentor sampaikan pada kita.




Keempat, kita mengadu lagi. Pada siapa?

Allah, Pencipta kita.

Biasakan solat di awal waktu. Sebab, bila kita solat awal waktu...kita ada banyak masa.

Lepas solat tu, saya selalu akan doa panjang-panjang.  Kadang-kadang,  sampai anak pun dah tertidur nak tunggu saya habis berdoa. Kesian pula bila teringat balik anak tertidur sendiri.

Masa ini la, kita mengadu pada Allah sehabis yang mungkin. Nak nangis,  nak mengadu panjang,  nak mengadu banyak mana. Silakan.

Saya selalu tanya kat Allah, kenapa la diri ni lemah? Kenapa cepat sangat aku berputus asa. 😭

Dah siap mengadu apa semua, selitkan juga doa supaya minta Allah bantu kita untuk pikul tanggungjawab yang banyak.

Macam saya, saya minta sungguh-sungguh Allah bantu saya untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak dan sebagai seorang peniaga.

Dan, banyak lagi dalam doa tu. Kita adjust lah ikut situasi kita.



Kelima, muhasabah diri.

Saya pun fikir, apa silap saya?

Saya ada tak selalu sakitkan hati suami? Ada tak marah-marah kat anak? Selalu tak contact mak di kampung?  Ada tak tanya khabar dengan adik-beradik?

Kenapa? Sebab kita kena jaga silaturahim.  Ada orang sibuk sangat. Sampai mak bapa dan adik beradik sendiri pun lupa nak tanya khabar. 😭

Kemudian, saya fikir lagi. Masa solat tu khusyuk tak? Ni susah sikit, perasan tak, bila kita solat...masa tu la otak ni banyak berfikir. πŸ˜… Macam-macam pula yang timbul masa solat ni. Allah.

So sekarang, asal nak dekat masuk waktu solat. Bagi rehat badan kejap, tak mahu da pegang Phone atau tengok tv,  cepat-cepat ambil wuduk.  Dan tunggu masuk waktu solat.

Still in learning.  Masih dalam usaha ke arah solat yang khusyuk. Sama-sama doakan kita semua boleh menunaikan solat kita dalam keadaan tenang dan khusyuk.  😊




Ok, yang keenam. Ini selalu sangat buat.

Reward diri. Hehe Macam bulan lalu, saya tiba-tiba jatuh sakit. So, tak dapat buat banyak mana pun. 

Anak pun tak terjaga sangat, makan ala kadar, masak biasa-biasa saja. Huhu

Rasa down sangat sebab Biz #shafizahshaklee macam terbiar sikit. So, menangis lagi.

Lepas tu, minta suami bawa pergi makan kek cheezy choc kat SR. 😝

Lepas makan tu, suami tanya..."Dah terubat dah sakit sayang tu?" (saya hanya mampu senyum tanda puas hati πŸ˜‚) 




Ketujuh. Yang ni saya dapat tahu dari seorang Master Shaklee.

Beliau cerita kan,  bila kita rasa down, kita pergi ambil wuduk.

Kemudian, ambil AlQuran. Pejam mata dan selak mana-mana muka surat dalam AlQuran tu dan baca. Kita pasti akan dapat jawapan.

Dan, apa yang saya rasa miracle ajaib sangat ni. Dua kali, dua kali, dua kali...bila mana saya rasa down. Saya ikut tips Master Shaklee ni.

Lepas da ambil wuduk, saya peluk AlQuran dan sambil niat, Ya Allah, bantu la aku untuk tunjukkan apa dan cara penyelesaian bagi masalah hamba mu ini.

Kemudian, saya main selak ja mana-mana muka surat dan baca. Baca sekali dengan terjemahan nya supaya kita faham. Dan,  betul-betul saya dapat jawapan lepas baca AlQuran.  😭 Serius, berkesan tips ni.

Kelapan, saya tengok balik buku catatan saya.

Nak pastikan, ok tak strategi yang diguna masa buat Biz ni.

Target dan fokus seiring atau tidak? Kalau ada TARGET, tapi tak usaha.  Tak dapat juga kan, apa yang kita mahu. πŸ˜…

Jadi, semua ni saya Check balik.




Kesembilan. Minta mak doakan. 

Saya Whatsapp kat mak. Tulis contoh ayat doa. Minta mak baca dan setiap kali mak habis solat, minta mak baca contoh ayat doa tu. Sampai Mak cakap, mak dah hafal da. πŸ˜‚ hehehee




Kesepuluh, minta Suami support dan restu.

Yang ini, saya cerita la elok-elok dengan suami. Kenapa saya rasa down, kenapa saya nangis,  kenapa saya rasa susah hati.

Selalunya,  suami akan bagi satu ayat ja iaitu "bersabar la sayang. Memang la, semua benda bermula dengan susah dulu. Mana ada benda yang mulanya senang".

Asal suami cakap macam tu, mesti menangis sekali lagi. Hihihi

Kita down sebenarnya benda biasa, tapi jangan lama-lama.  Nanti kita yang rugi.




Dah habis down tu, kita berdiri balik. Kita bina dan kuatkan semangat balik. Kita fikir balik, apa BIG WHY kita.



Insyaallah,  semuanya akan baik-baik.  😊

Satu ja, bila down...jangan cepat berputus asa. Take your time to get some rest. Bila dah cukup rehat, kita tekan button START balik. ❤

#shafizahstory

Comments

fatin hamzah said…
Rasa down itu biasa tp jgn meroyan lama sgt. Ayuh bangkit
Sylvia Yong said…
Wahhhh... best tips ini utk menangani rasa down
Nowa Mommy said…
Tips yang sangat bagus dan saya suka untuk amalkan
Heera Noy said…
Tq sharing😊
Suhanah Muslin said…
Tips yg berguna..tq
Diana Danias said…
Sharing berguna... Tq

Popular posts from this blog

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Meal Shakes Shaklee