Skip to main content

Sayang diri lebih sikit

Umur dah masuk 28 tahun. Syukur Alhamdulillah.  Hehe 10 tahun yang lalu, masa zaman belasan tahun, aku bayangkan diri aku masa umur dah 28 tahun ni dah kerja kat pejabat atau mana-mana sekolah (kononnya nak jadi cikgu),  mesti dah ada kereta sendiri, bergaya pakai baju office (you know, pakai blazer, baju kebaya ketat kat pinggang, kasut tumit tinggi, makeup mesti pro ala-ala Michelle Phan). Gituuu. Hahahaaa

Rupa-rupanya, di umur 28 tahun ni aku jadi suri rumah.  :) Eh, tak pernah tau cita-cita nak jadi Suri rumah. Hahaa Yala, dulu aku siap fikir belajar mesti tinggi, tahap ijazah kalau boleh Master, mesti kerja gah habis. Baru la syok. Tunjuk sikit kat kawan kita,  jiran kita, keluarga kita especially makcik-makcik yang suka bandingkan keputusan peperiksaan anak dia dengan keputusan aku. Yang dari kecil nak tau anak siapa lagi bijak masa upsr, dapat berapa A. Haha Ok. Itu semua pemikiran masa aku belum MATANG. 

Sekarang, relaks ja aku jadi suri rumah. Aku lagi senang dan rasa best jadi suri rumah sebab pertama of course sebab nak jaga anak. Masa habis pantang dulu, niat nak kerja tapi berat pula hati nak bagi tinggal anak. Bukan aku tak yakin anak dijaga oleh orang lain macam pengasuh, cuma ntah lah, aku malas nak hadap jalan jammed awal pagi.  Ada la alasan aku kenapa nak suri rumah ni, malas pula nak cerita. Hehe Makcik yang selalu nak banding macam-macam tu pun dah senyap, mungkin dah penat.Haha Yala, aku dah settle down,  dah ada suami anak. Anak dia umur aku masih tak kahwin, jadi dia rasa susah hati maybe anak tak kahwin lagi, ntah la malas nak ambil tahu. Hehe Jangan la kita suka bandingkan hidup kita dengan orang lain, tak best la camtu. :) 

Hah, oleh kerana umur dah cecah 28 tahun, aku pun fikir sekarang tiba masanya nak sayang diri ni lebih sikit. Bukan dulu tak sayang. Hehe Dari segi bab makan dan diet, aku berazam (sebab tahun baru jadi kena azam) nak makan makanan sihat dan rajin-rajin makan suplemen. :) Tak mau dah makan makanan ringan, aku asyik suka makan burger,  fried chicken, pastu coklat siap ada stok tau kat dalam peti sejuk (konon nak bagi hilang mood Stress)  asal ja rasa stress makan coklat. Haha Air bergas memang jarang sangat nak minum, tapi kalau boleh tak mau minum langsung. Lagi bagus kan. :) 

Dulu anak masih kecil,  takda langsung "me time". Apa ka benda ya Me time ni. Rasa macam hmm, me time? Mandi pun asyik laju ala kadar sejak Jannah masih baby. Makan pun rasa tak enjoy sebab ada ja nak buat kerja rumah masa time makan. Faham tak? Maksud aku, masa aku tengah makan tu otak tengah fikir, apa benda nak buat lepas ni. Hahaa Tv? Aku langsung tak tengok. Sebab awal pagi dah bangun bagi kemas rumah, tunggu baju dah siap di cuci dan jemur, kalau tak sempat lipat kain cepat-cepat la lipat sebelum menggunung tepi sofa, anak bangun, nak entertain dia pula, nak bagi susu ya Allah, asyik melekat kat badan dengan bau masam badan tak mandinya, lepas anak dah main, mandi,  makan, tidur petang nak pok-pok pula, bla bla bla...enough! 

Sekarang ni, aku decide walau sibuk penat macam mana sekali pun, aku kena sayang diri aku lebih sikit dari dulu. Awal pagi dah mandi. Takpa la berpeluh lepas dah kemas rumah, aku akan mandi lagi bila perlu. Bagi ja anak mainan, buku, apa saja yang boleh distract dia sementara aku nak mandi. Bila ada suami kat rumah, aku minta tolong take over jaga anak, aku nak mandi sepuas hati, sebersih yang mungkin, siap boleh cuci bilik mandi. Hahaa

Enjoy my food. Makan perlahan.  Tak mau fikir macam-macam.  Makan ja. Walaupun anak kacau tarik kain alas meja, aku buat relaks padahal dalam hati geram. Atau, aku tunggu anak dah tidur baru nak makan. Hehe Dan, aku dah boleh tengok drama kat Tv. Aku request kat suami, boleh tak aku nak tengok drama satu hari mungkin dalam satu jam dengan tenang. Haha Tak mungkin berlaku, sebab anak ikut sekali nak sibuk nak main nak kepit kat badan masa aku nak tengok tv. Still, tak mengapa. I enjoy the moment. Asalkan aku duduk dan rehat sambil tengok tv. Anak tak tengok kartun sangat. Upin ipin ja dia suka tengok. Selain tu, dia tak pandang langsung.  So, kami dah cut siaran Astro bab cartoon. Jimat. 

Dulu, memang asyik fikir pasal anak suami, lupa pula nak fikir pasal diri sendiri.  Semua mak pun macam tu kan. Sekarang, aku akan sayang kat diri lebih sikit. Tapi, sehingga ke hari ni, kalau nak beli barang untuk diri sendiri masih berkira. Haha Takpa, janji anak dan suami gembira, keluarga sihat, hidup ceria, aku dah bersyukur. :) 

P/s: terpanjang pula entri. :')


Comments

Bashtiah Nahrul said…
Eh fiza, kita sebaya... Ya azam bash tahun ni pun nak cuba jaga diri sendiri lebih sikit.. walaupun anak kecik lagi.. baru 5 bulan ni..

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Nak tahu, masa tidur anak yang sentiasa berubah-ubah buat kan ibu yang berpantang pun tidur tak tentu.  Kejap hari ni malam berjaga. Besok pula subuh berjaga. Ada yang tak tidur langsung seharian.  Itu normal. 
1st time Mom, akan mudah rasa tertekan sebab belum ada pengalaman nak jaga new born baby. Ramai kawan saya berkongsi cerita pasal tempoh berpantang masing-masing. Dan semuanya cakap ‘tak mudah’.

Bukan nak bagi takut sama ibu-ibu yang tengah tunggu hari. 😆 Tapi, ilmu berpantang kena ada untuk mengelak simptom kemurungan.  Pernah dengar meroyan?  Itu dah tahap serius.
Tapi sebelum saya kenal Shaklee, ketika berpantang anak yang sulung saya mungkin dalam tahap tertekan sebab tak cukup rehat, penat, mudah lapar,  susu tak meriah di awal tempoh berpantang, sembelit,  luka lambat sembuh, mudah menangis.
Ya betul, saya di awal fasa berpantang cepat tersentuh.  Ada ja nak ditangisi.  Bila fikir balik, tiada pun hal yang teruk masa berpantang.  Hehe Pendek kata, emosi tak stabil.
P…

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP

Oleh kerana, sepanjang April ni ESP tengah Promosi, saya akan berkongsi pengalaman dan perubahan sendiri selepas minum ESP secara konsisten selama setahun lebih.
Saya kenal ESP ni mula tahun 2014. Masa tu dah macam trend, semua orang minum ESP sebab nak cantik. Tapi, saya tak beli pun ESP ni sebab saya tengah consume satu kolagen yang agak mahal dalam harga RM 200 lebih.

Dah beli 3 kotak kolagen tu, saya dapat rasa ada perubahan di kulit muka. Tapi, Ya Allah mahal ya RM 200  sekotak kolagen tu dan di dalam dia cuma ada 15 sachet.

Saranan minum kolagen tu untuk bagi berkesan ialah 2 sachet sehari. Allah, memang tak mampu la nak teruskan consume sebab saya masih tengah study tak bekerja.

So, pada tahun yang sama, saya dah berkahwin dan hamil. Bila nampak ada orang berkongsi pasal kebaikan ESP untuk ibu hamil, saya terus pujuk suami beli. 😁

Terpujuk la juga Suami beli ESP dan mula minum masa hamil dua bulan. Tapi, sebab mual dan muntah 24 jam sehari, saya berhenti minum sebab tak l…

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee ialah minuman kegemaran bagi peminat Shaklee. 
Tak kisah, lelaki atau perempuan, yang muda atau tua, bujang atau yang sudah berkahwin, semua suka pada ESP Shaklee. 
Kenapa ramai sangat yang jatuh hati pada ESP Shaklee ni? Sebab rata-ratanya telah dapat seribu manfaat dan khasiat hasil daripada minum ESP Shaklee secara konsisten. 
Jadi, sebelum tu saya nak terangkan sikit apa itu ESP SHAKLEE.

Energizing Soy Protein atau ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangi dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran kita seperti milo, horlicks, susu segar atau buah-buahan yang dikisar bersama dengan ESP.
ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah oleh suhu yang tinggi. So, ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas.

ESP Shaklee adalah daripada kacang soya dimana ia tinggi dengan sumber PROTEIN.  

Badan kita ni memerlukan sangat p…