Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Sayang diri lebih sikit

Umur dah masuk 28 tahun. Syukur Alhamdulillah.  Hehe 10 tahun yang lalu, masa zaman belasan tahun, aku bayangkan diri aku masa umur dah 28 tahun ni dah kerja kat pejabat atau mana-mana sekolah (kononnya nak jadi cikgu),  mesti dah ada kereta sendiri, bergaya pakai baju office (you know, pakai blazer, baju kebaya ketat kat pinggang, kasut tumit tinggi, makeup mesti pro ala-ala Michelle Phan). Gituuu. Hahahaaa
Rupa-rupanya, di umur 28 tahun ni aku jadi suri rumah.  :) Eh, tak pernah tau cita-cita nak jadi Suri rumah. Hahaa Yala, dulu aku siap fikir belajar mesti tinggi, tahap ijazah kalau boleh Master, mesti kerja gah habis. Baru la syok. Tunjuk sikit kat kawan kita,  jiran kita, keluarga kita especially makcik-makcik yang suka bandingkan keputusan peperiksaan anak dia dengan keputusan aku. Yang dari kecil nak tau anak siapa lagi bijak masa upsr, dapat berapa A. Haha Ok. Itu semua pemikiran masa aku belum MATANG. 
Sekarang, relaks ja aku jadi suri rumah. Aku lagi senang dan rasa best j…

Dah masuk tahun Baru 2017 :)

Yup, orang lain post pasal tahun baru tepat-tepat pukul 12,  1 Januari 2017.
Tapi, aku 3 Januari baru la nak post pasal tahun baru. Takpa. :) Still mood tahun baru. Masih lagi dalam mood nak berazam baru. Perasan tak semua orang dah post azam masing-masing? Hehe Kita baca ja, mana yang baik kita copy. :)

Tahun 2016 dah pun berlalu. Syukur Alhamdulillah.  Allah beri lagi kesempatan buat aku untuk banyakkan lagi amal ibadah, teruskan bertaubat,  teruskan berbuat kebaikan untuk semua orang dan kumpul banyak-banyak pahala.

Moga kita semua sihat dan gembira disamping orang yang kita sayang. Dan, moga dunia menjadi aman damai. Tiada maksiat. Tiada perang. Tiada kezaliman.

Allah,  mudahkanlah segala urusan kami dan berkatilah hidup kami. Aamin.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.  :)