Skip to main content

Beauty tips for mama?

I wonder, how other moms boleh bersiap lawa cantik masa keluar rumah even anak dia 3 atau 4 orang. I mean, mereka sempat bersolek cantik lepas tu kemas pula tu. Aku apply mascara pun dah kelam kabut. Haha Mungkin suami dan anak-anak dia penyabar. Sanggup tunggu dia bersiap.

Aku kekadang rasa leceh sangat sampai tahap pakai tudung sarung ja bila nak keluar rumah. Then bila dah jalan kat Mall, nampak Mak-Mak yang lain cantik, terus rasa down. Hahaa Adoi. Macam-macam.  Tapi, aku tepis perasaan tak yakin tu!

Takpa, asal aku selesa, cukup. :) selagi tak selekeh, i'm ok with it. Jadi, sekarang ni aku tengah berusaha lebih untuk menjaga kulit dan kesihatan diri. Kalau boleh aku nak kulit muka yang tiada masalah macam jerawat, bekas jerawat. Huh!

Aku pernah tengok ada seorang Mama ni tengah makan sambil dukung bayi dalam 8-9 bulan usia dia, Mama ni cantik sangat. Kulit tak la kata licin tiada apa-apa. Tapi dia cantik tanpa bersolek. Apa la rahsia dia? Huhu

Bila dah jadi mak, secara automatiknya bila nak bersiap untuk keluar dengan anak dan suami kena lah pantas bersiap (elak suami masam muka dan anak meragam sebab penat tunggu).

Dulu, aku memang akan buat semua rutin nak bersiap, mandi kena scrub dan muka kena cuci elok-elok. Dah habis mandi, pakai losen,  pelembap kat muka dan mula bersolek. Pakai bb cream. Eyeliner. Eyeshadow. Mascara.  Lipbum. Gincu. Blusher sikit. Kalau rajin buat shading sikit.

Lepas tu, pilih baju. Which one paling elok nak di pakai. Tudung apa match. Warna apa yang menarik.

Dah semua, sembur minyak wangi. Done! Dah yakin cantik, dah rasa cantik, jom keluar rumah.

Rasa-rasa, dah ada baby macam ni lagi tak?

No. Hahaa

Mandi ala kadar sebab anak meraung kat luar. Bagi mainan siap-siap, kejap ja dia main. Pastu mula ketuk pintu panggil "mamaaaaa" sampai aku sahut.

Dah cuci muka,  berus gigi,  semua ni kadang-kadang berlaku serentak.

Dah siap mandi. Minta suami jagakan anak. Ok.

Lepas ni, nak makeup pula.

Bb cream. Gincu. Tengah-tengah sapu maskara... (dengar suami dah bising sebab anak tumpahkan air la, anak kacau dia tengok tv la, anak panjat tangga, anak buang biskut luar pintu rumah.) Allah. Sabar.

Baju? Mana yang tak perlu seterika. Tudung, grab mana yang match dan tak perlu seterika. Asal dah rasa match ok da ni. Good.

Ok, siap dah ni.

Asal dah mandi, kemas dan wangi. Aku rasa dah ok. Boleh keluar rumah.

Tapi, aku elak untuk pakai baju dan tudung yang berkedut. Kenapa? Sebab, akan nampak selekeh. Huhu

So, sekarang ni bila nak beli baju terus tanya,  ironless tak baju ni. Tudung ni tak perlu Iron ok tak material dia. Hahaa

Aku tengah makan suplemen ni, insyaallah akan berkongsi kat Blog ni. Sejak kebelakangan ni, stress sangat jerawat banyak sangat kat bawah dagu. Hormon tak stabil katanya. Huhu Stress tengok. Dah 2 minggu la macam ni. Cepat-cepat la baik wahai jerawat. hmm! :(

Comments

Bashtiah Nahrul said…
Yeay dah boleh buka semula!

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Nak tahu, masa tidur anak yang sentiasa berubah-ubah buat kan ibu yang berpantang pun tidur tak tentu.  Kejap hari ni malam berjaga. Besok pula subuh berjaga. Ada yang tak tidur langsung seharian.  Itu normal. 
1st time Mom, akan mudah rasa tertekan sebab belum ada pengalaman nak jaga new born baby. Ramai kawan saya berkongsi cerita pasal tempoh berpantang masing-masing. Dan semuanya cakap ‘tak mudah’.

Bukan nak bagi takut sama ibu-ibu yang tengah tunggu hari. 😆 Tapi, ilmu berpantang kena ada untuk mengelak simptom kemurungan.  Pernah dengar meroyan?  Itu dah tahap serius.
Tapi sebelum saya kenal Shaklee, ketika berpantang anak yang sulung saya mungkin dalam tahap tertekan sebab tak cukup rehat, penat, mudah lapar,  susu tak meriah di awal tempoh berpantang, sembelit,  luka lambat sembuh, mudah menangis.
Ya betul, saya di awal fasa berpantang cepat tersentuh.  Ada ja nak ditangisi.  Bila fikir balik, tiada pun hal yang teruk masa berpantang.  Hehe Pendek kata, emosi tak stabil.
P…

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP

Oleh kerana, sepanjang April ni ESP tengah Promosi, saya akan berkongsi pengalaman dan perubahan sendiri selepas minum ESP secara konsisten selama setahun lebih.
Saya kenal ESP ni mula tahun 2014. Masa tu dah macam trend, semua orang minum ESP sebab nak cantik. Tapi, saya tak beli pun ESP ni sebab saya tengah consume satu kolagen yang agak mahal dalam harga RM 200 lebih.

Dah beli 3 kotak kolagen tu, saya dapat rasa ada perubahan di kulit muka. Tapi, Ya Allah mahal ya RM 200  sekotak kolagen tu dan di dalam dia cuma ada 15 sachet.

Saranan minum kolagen tu untuk bagi berkesan ialah 2 sachet sehari. Allah, memang tak mampu la nak teruskan consume sebab saya masih tengah study tak bekerja.

So, pada tahun yang sama, saya dah berkahwin dan hamil. Bila nampak ada orang berkongsi pasal kebaikan ESP untuk ibu hamil, saya terus pujuk suami beli. 😁

Terpujuk la juga Suami beli ESP dan mula minum masa hamil dua bulan. Tapi, sebab mual dan muntah 24 jam sehari, saya berhenti minum sebab tak l…

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee ialah minuman kegemaran bagi peminat Shaklee. 
Tak kisah, lelaki atau perempuan, yang muda atau tua, bujang atau yang sudah berkahwin, semua suka pada ESP Shaklee. 
Kenapa ramai sangat yang jatuh hati pada ESP Shaklee ni? Sebab rata-ratanya telah dapat seribu manfaat dan khasiat hasil daripada minum ESP Shaklee secara konsisten. 
Jadi, sebelum tu saya nak terangkan sikit apa itu ESP SHAKLEE.

Energizing Soy Protein atau ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangi dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran kita seperti milo, horlicks, susu segar atau buah-buahan yang dikisar bersama dengan ESP.
ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah oleh suhu yang tinggi. So, ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas.

ESP Shaklee adalah daripada kacang soya dimana ia tinggi dengan sumber PROTEIN.  

Badan kita ni memerlukan sangat p…