Skip to main content

Jemput Rezeki

Dah nak masuk tahun baru. Tahun 2017. :)

Alhamdulillah,  moga Allah murahkan rezeki.

Rezeki kesihatan.

Rezeki anak2 soleh dan soleha.

Rezeki keluarga bahagia.

Dan, banyak lagi. Aamiin.


Ya Allah, banyak sangat la plan kat dalam kepala ni.

Nak mula dari mana satu, aku pun tak pasti. Kena banyakkan berdoa kepada Nya. Banyakkan meminta dari Dia.

Ada beberapa azam baru untuk tahun 2017 ni!

Salah satunya ialah berjimat dan mahu menabung. Hahaa

Ini azam untuk semuaaaa orang. Tapi,  kali ni aku nak kurang berbelanja.

Pandang kat sales/jualan murah/year end sales semuaaaa tu,  aku pandang dari tepi mata ja. Hiks. Memang la, hati ni meronta-ronta sangat tau nak beli belah. Tapi, bila fikir kan membazir, boros la sangat, nak beli sesuatu tu kena fikir, kalau ada benda ni, macam mana, takda benda ni tak ok ka life? Hahaa sampai tahap serius fikir camtu.

Suami. Dia la insan yang banyak sedarkan diri aku ni yang tak sedar diri. Haha

Insyaallah,  genap dah aku jadi suri rumah selama dua tahun. Jadi, tahun depan nak jadi Suri rumah yang berkerja dari rumah pula. :)

Anak dah besar,  faham dah sikit-sikit apa yang aku cakap kat dia. Tapi, Still la budak kecil ni nak perhatian dari aku. Buka rancangan tv ada kartun, mainan segunung kat depan dia pun, masih nak aku duduk kat tepi dia. Fuh! Jadi, aku kena la pandai-pandai bahagikan masa.

Nak mula kan langkah pertama ni agak susah. Tapi sampai bila la nak dalam zon selesa? Ya Allah, mudahkanlah segala urusan ku.  :)

Oh ya, azam baru...... Nak rajin Update Blog. Hehe

Comments

Bashtiah Nahrul said…
Azam setiap blogger.. rajin update blog. Hahahah. Semoga berjaya berjimat cermat ya fiza 😊
Are-u Zalie said…
Marilah kita rajin2 update blog... ayu pun sama nak pastikan setiap hari ada entri.
Selamat Tahun Baru dan semoga impian mu tahun ini dipermudahkan oleh Allah dalam usaha mencapainya.

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Nak tahu, masa tidur anak yang sentiasa berubah-ubah buat kan ibu yang berpantang pun tidur tak tentu.  Kejap hari ni malam berjaga. Besok pula subuh berjaga. Ada yang tak tidur langsung seharian.  Itu normal. 
1st time Mom, akan mudah rasa tertekan sebab belum ada pengalaman nak jaga new born baby. Ramai kawan saya berkongsi cerita pasal tempoh berpantang masing-masing. Dan semuanya cakap ‘tak mudah’.

Bukan nak bagi takut sama ibu-ibu yang tengah tunggu hari. 😆 Tapi, ilmu berpantang kena ada untuk mengelak simptom kemurungan.  Pernah dengar meroyan?  Itu dah tahap serius.
Tapi sebelum saya kenal Shaklee, ketika berpantang anak yang sulung saya mungkin dalam tahap tertekan sebab tak cukup rehat, penat, mudah lapar,  susu tak meriah di awal tempoh berpantang, sembelit,  luka lambat sembuh, mudah menangis.
Ya betul, saya di awal fasa berpantang cepat tersentuh.  Ada ja nak ditangisi.  Bila fikir balik, tiada pun hal yang teruk masa berpantang.  Hehe Pendek kata, emosi tak stabil.
P…

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP

Oleh kerana, sepanjang April ni ESP tengah Promosi, saya akan berkongsi pengalaman dan perubahan sendiri selepas minum ESP secara konsisten selama setahun lebih.
Saya kenal ESP ni mula tahun 2014. Masa tu dah macam trend, semua orang minum ESP sebab nak cantik. Tapi, saya tak beli pun ESP ni sebab saya tengah consume satu kolagen yang agak mahal dalam harga RM 200 lebih.

Dah beli 3 kotak kolagen tu, saya dapat rasa ada perubahan di kulit muka. Tapi, Ya Allah mahal ya RM 200  sekotak kolagen tu dan di dalam dia cuma ada 15 sachet.

Saranan minum kolagen tu untuk bagi berkesan ialah 2 sachet sehari. Allah, memang tak mampu la nak teruskan consume sebab saya masih tengah study tak bekerja.

So, pada tahun yang sama, saya dah berkahwin dan hamil. Bila nampak ada orang berkongsi pasal kebaikan ESP untuk ibu hamil, saya terus pujuk suami beli. 😁

Terpujuk la juga Suami beli ESP dan mula minum masa hamil dua bulan. Tapi, sebab mual dan muntah 24 jam sehari, saya berhenti minum sebab tak l…

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee ialah minuman kegemaran bagi peminat Shaklee. 
Tak kisah, lelaki atau perempuan, yang muda atau tua, bujang atau yang sudah berkahwin, semua suka pada ESP Shaklee. 
Kenapa ramai sangat yang jatuh hati pada ESP Shaklee ni? Sebab rata-ratanya telah dapat seribu manfaat dan khasiat hasil daripada minum ESP Shaklee secara konsisten. 
Jadi, sebelum tu saya nak terangkan sikit apa itu ESP SHAKLEE.

Energizing Soy Protein atau ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangi dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran kita seperti milo, horlicks, susu segar atau buah-buahan yang dikisar bersama dengan ESP.
ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah oleh suhu yang tinggi. So, ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas.

ESP Shaklee adalah daripada kacang soya dimana ia tinggi dengan sumber PROTEIN.  

Badan kita ni memerlukan sangat p…