Bersalin [Part 1]

Bila perut dah rasa sangat tegang, rasa kat dalam rahim ni tiada ruang untuk baby kat dalam nak pusing-pusing, so baby pun dah malas sangat nak bergerak. [Kadang-kadang,  satu hari baby hanya gerak sikit ja. Oleh kerana risau, aku tepuk-tepuk manja kat perut nak bagi baby bangun dan gerak.huhu Kalau baby tak aktif bergerak, aku makan.  Iya, makan sebab mungkin baby tak bertenaga asyik nak tidur kot.]

Kaki mudah lenguh, cepat sangat rasa kebas dan mula bengkak. Tenaga pun cepat ja habis, asyik nak tidur. Masa tu, aku rasa 'oh baby, cepat la keluar ya, Mama dah tak sabar ni'.

Hari-hari aku doa cepat la bersalin. Moga Allah mudahkan la proses bersalin aku nanti. Takut. Tapi pada masa yang sama, aku nak cepat bersalin. [Sebab dah penat yang amat. Haha]

So, on my 39 weeks of pregnancy,  mak dah datang dari kampung. Nak temankan aku kat rumah masa suami pergi kerja. Tapi mak cakap, selalunya anak sulung lewat sikit bersalin. Tapi untuk aku tidak. Heee

Aku perasan kat ruang rahim aku rasa kepala baby asyik menolak. Rasa sempit sangat. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Secara ringkas ya, rasa seolah kepala baby menolak minta nak keluar. Huhu

Malam tu, ajak mak dan suami pergi makan sup tulang. Dengan sakit yang kejap datang kejap takda, aku masih berselera hirup sup tulang. Mak pun geleng kepala. Haha

21.03.2015

subuh esoknya,

Ada tompokan coklat. Tak banyak, sikit ja. Mak kata, baby sulung makan masa juga nak bersalin. Bukan rasa sakit sikit, terus masa tu juga la kita akan bersalin. [aku selalu imagine orang sakit beranak kat dalam tv tu. Menjerit-jerit lepas tu beranak. Haha ]

Tapi,aku masih berlagak ok. Tak la rasa gelabah atau takut. Perasaan masa tu ialah GEMBIRA amat sampai tak lalu nak makan mee goreng yang mak dah masak. Dalam hati, at last, aku nak beranak dah! Hehe

Siap semua benda,  kami bertiga bertolak pergi hospital dalam jam 7 pagi. Masa tu hujung minggu. Hari Sabtu, kereta sikit. Biasalah, penduduk bandar masing-masing masih lena tidur. Tak jem pun.

Daftar masuk Hospital Wanita dan Kanak-kanak,  Kota Kinabalu.  Hospital yang sangat menyokong penyusuan ibu. 

Jam 9 pagi.

Dah mula sakit-sakit. Mild contraction.  Aku masih boleh tahan. Masih berupaya jalan kaki masuk receptionist hospital dan daftar.

Doktor cek bukaan masih 2 cm. Tapi air ketuban dah mengalir sikit-sikit. Aku pun pelik, eh..air ketuban bukan pecah rasa seolah-olah terkencing something like that? Ntah la, malas pula aku nak tanya.

Doktor cakap, kalau masih lagi tak rasa sakit nak beranak sehingga Jam 9 malam, aku akan di induce [sebenarnya,  aku tak tahu la aku di induce ka tak sebab yang pasti aku masuk dewan bersalin, kemudian Nurse gantung air kat tangan untuk bagi aku rasa kontraksi tu lagi sakit. Ada kata induce ni letak pil kat pintu rahim, So sampai sekarang aku tak faham.haha aku pun malas nak mempersoalkan benda ni.] Memandangkan, air ketuban aku dah mula mengalir [masa ni aku rasa seolah-olah datang haid, bergerak sikit akan keluar cecair], doktor risau air ketuban makin sikit dan baby got infection. Gitu. Ok, aku faham yang ni.

Doktor suruh pakai pad dan sentiasa pantau warna air ketuban. Kalau warna coklat atau keruh,  cepat-cepat bagitau kat dorang sebab mungkin baby dah poo poo kat dalam.

Masuk wad tunggu bersalin. Katil semua berpenghuni.

Hati dah mula rasa takut. Jiran katil sebelah tengah bersiap sedia nak masuk dewan bersalin. Aku nampak muka dia pun dah tegang semacam. Aku faham perasaan dia. Sebab, dia pun dah pecah air ketuban. Tapi anak dah berak kat dalam, so dia kena dibedah secepat mungkin. Aku pun perasan katil dia basah dengan air ketuban yang berwarna coklat. Rasa kesian. Huhu Semua ibu mengandung yang terlantar kat katil, masing-masing melayan perasaan sakit. Borak pun tak. Haha

Petang tu, aku memang tak dapat nak tidur. Sampai la nak makan malam, masa tu dah jam 6 petang. Aku makan tapi dah tak lalu dah.huhu [Masa ni fikir, kenapa tak rasa sakit sangat nak beranak ni? Perlu kena induce ka? Orang kata induce sakit. Hmm] Aku suruh suami balik rumah rehat kejap, nak mandi, makan, solat. Kesian kat dia tunggu seharian kat dalam kereta. Tapi, isteri tak juga sakit nak bersalin. Huhu

Jam 9 malam.

Doktor perempuan yang sangat muda datang tengok aku kejap pastu dia nak bagi pecah air ketuban. Aku pun bagitau,  air ketuban aku dah pecah sejak pagi lagi. Dah mengalir seharian. Dia macam blur sekejap. So, dia pun pergi tanya doktor yang mungkin lagi senior. Lepas tu, dia bagitau kena juga bagi pecah air ketuban secara manual. [Muka aku dah pucat. Aku bab seluk ni rasa dah trauma. Tak suka sangat!]

Aku call suami. Kata nak dihantar dah ke dewan bersalin. Jadi, aku suruh dia bersiap sedia la datang hospital.  [Masa ni takut sangat suami takda kat tepi. Huhu] Tak lama kemudian, suami dah sampai. Dia SMS bagitau yang Nurse tak bagi masuk. Kena tunggu kejap. Ok. Aku pun diusung masuk ke dalam dewan bersalin.

Sambung Part 2.





Comments

Bashtiah Nahrul said…
Pandai eh fiza cut bab mencemaskan kat part 2... hahahah. Aiya

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP