Bersalin :: Dewan Bersalin. PART 2.

Jam 11 malam

Suami dah boleh masuk temankan aku. Masa ni, perasaan bercampur baur,  ada rasa happy kejap lagi dah boleh tengok baby, rasa takut pun ada, rasa nervous pun ada, all in one. Kami berdua tak banyak cakap pun masa kat dalam dewan bersalin ni.  Bilik dia tak besar, ada katil dan beberapa alat perkakas tu semua, dan luas bilik tu muat dalam mungkin 8 orang. Yang bagus ya, ada tandas sendiri tapi kena kongsi dengan bilik sebelah. Tapi kongsi ruang tandas ja.

Doktor yang bertugas masa tu doktor perempuan dan seorang midwife. Syukur dapat doktor dan midwife perempuan. Kalau dapat doktor lelaki memang malu la aku. Huhu Dah la seluk cek bukaan dibuat oleh doktor lelaki pagi tadi. [argh, malas nak ingat balik pasal doktor tu.]

Nurse dah mula gantung air kat pergelangan tangan aku. Aku pun dah get ready nak rasa sakit. Ok. Mula-mula,  tak la sakit mana pun. Lama kelamaan, sakit dah selang 10 minit. Masa ni, dah genggam kuat-kuat tangan suami. Mulut berzikir. Tekak rasa haus. Tapi nurse cakap tak boleh minum. [yaka tak boleh minum? Aku curi minum juga. Dah haus,  nak buat camna?]


Jam 12 tengah malam

22.03.2015

Allah, tak tahu nak ceritakan macam mana rasa sakit dia. :( Sakit yang amat. Sakit sangat kat pinggang.  Paha rasa lenguh, kaki kebas. Bilik tu pun rasa sejuk sangat, aku minta suami pakaikan aku stokin dua lapis. Sejuk gila.  Aku tengok rancangan One Born Every Minutes, ibu-ibu mengandung tu boleh ja baring mengiring, berdiri atau ikut suka hati dorang mana posisi yang bagi mereka rasa selesa. [Tapi aku, baring terlentang sambil dengar mesin Ctg berbunyi. Bila kontraksi makin kuat, mesin tu pun memekik, rasa stress pun ada. Hahaa]

Jam 2 pagi

Sakit kontraksi dah selang 5 minit, aku dah tak tahan sakit dan rasa mengantuk yang amat. Rasa nak teran pun ada. Tapi midwife kata bukaan hanya 5 cm. Hampa sangat. Ingat dah 8 cm dah sakit teruk camni kot. Hehe Suami? Kejap bangun urut pinggang aku, kejap duduk. Memang layan aku tengah sakit ja la. :) Masa ni, aku terdengar bilik sebelah dah selamat melahirkan anak. Aku siap boleh kata dengan suami, " eee, bestnya dia da beranak". [Aku stress kot sebab dah tak tahan sangat sakit ni.]

Aku cakap kat suami pujuk la baby keluar cepat-cepat.  Dah tak tahan ni. Dalam sakit tu, kejap tertidur,  bila kontraksi aku terbangun. Aku sebenarnya mengantuk yang amat sebab dari semalam kot tak tidur. Melayan rasa sakit. Perut asyik mengeras.

Bila dah tak tahan rasa sakit, aku minta ubat tahan sakit. Iaitu suntikan kat punggung [aku malas nak Google apa nama dia. Hee] Nurse bagi brief sikit pasal kalau dah suntik, baby kemungkinan besar akan tertidur dan masa lahir nanti tak akan nangis. Suami pun tanya, ada risiko tak? Aku sedar ka tak kalau masa bersalin? Bla..bla..bla.. [masa ni aku tak peduli da semua tu, Just give me the pain killer, pleassssee!] Ok. Dah semua tu, Nurse pun bagi suntikan. Fuh, masa takda kontraksi aku boleh tidur, tapi masa sakit aku tersedar. Jadi, kejap tidur kejap bangun. Kejap dengkur kejap mengerang sakit. [hahaa]

Jam3.30 pagi

Tiba-tiba aku rasa terteran. Seolah-olah kepala anak memang kat hujung. Aku ingat aku tengah bermimpi. Tapi, bila aku buka mata...[aku kat labor room ni].. Sakit, nak bersalin.  Eh, bersalin? Yala!

Cepat-cepat bagitau kat suami. Aku tengok dia macam tidur-tidur ayam. [kepala dia letak kat atas palang katil. Kesian nengok. Huhu] Suami pun macam blur sikit.

Aku cakap lagi sekali, "sayang rasa, sayang tengah meneran!".

Laju ja suami lari keluar dari bilik [oleh kerana suami temankan, doktor atau midwife dan Nurse akan tinggalkan kami berdua,  So pandai-pandai berdikari. Gitu?] Hehe

Aku dengar la suami cakap kat midwife "isteri..nak bersalin..bla...blaa"

Lama ka lagi ni, ya Allah?

Midwife pun datang ditemani dengan seorang doktor perempuan muda, dia macam pakar bius ka, lupa pula nak tanya. Hee

Puan jangan teran dulu ok. [Midwife kata gitu. Eh, boleh pula suruh kita menahan, dah la nak sangat meneran ni.]

Belum fully lagi ni. Dalam 9cm. - Kata midwife.

Tapi aku rasa macam.... IN THIS SECOND JUGA AKU NAK TERAN!

Pastu dia kata, ok dah boleh teran, emmm...maybe dah full 10 cm kot. Aku pun malas la nak soal bagai.

So, suami dah pegang bahu aku, aku dah pegang buku lali. Memang dalam position nak beranak da. Midwife dan doktor suruh push tak henti-henti.

3 kali teran. Last sekali, aku sebut kuat-kuat Bismillah..and teran sehabis mungkin...

Lahirlah baby Jannah. Suami kata, warna dia masa tu biru ungu berlendir.
Syukur Alhamdulillah,  Jannah nangis. Dengan nyaring sekali. Fuh, lega mama. Suami kata, " yang, rambut baby ada dua pusaran macam b" sambil sengih. Oh ya? [Aku da penat amat masa ni. Nak buka mata nengok baby pun tak larat dah sebenarnya].

Midwife lap badan Jannah sikit pastu letak kat dada aku. :) Jannah buka mata. [dia pandang aku. Hehee]

Aku nangis. Rasa bersyukur. Gembira.

And, Jannah still nangis lepas tu dia kencing kat atas aku. Its ok nak. Hehe Mama Ayah sayang Jannah. :)

Part 3. Cerita pasal NICU pula.



Comments

Husna Rahman said…
fuh daku mcm tak sanggup la..huhuhu

tp seronok jgk baca pengalaman org yg berpenalaman nih..tambah ilmu tuk dr sendiri
Bashtiah Nahrul said…
Alhamdulillah... Bash tak dapat merasa pengalaman meneran, bash czer.. Tapi apa pun syukur baby selamat :)

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP