Skip to main content

Alahan Pelik Masa Hamil

Aku mula ada alahan masa mengandung pada usia kandungan 5 minggu. Lepas doktor dah sahkan aku mengandung, automatik ja perasaan muntah-muntah, pening kepala, badan lesu semua tu datang. Siapa yang pernah merasa morning sickness (oh, in my case, it's all the time sickness), memang nak nangis dan rasa ah cukup la sekali mengandung.  Hee

Hidu bau masakan,  muntah. Dengar jiran memasak pun, muntah.
Hidu bau sabun baju, sabun pencuci piring, sabun mop lantai semua tu, muntah.
Teringat bau nasi pun, muntah. Tabah ja la masa ni.
Nak mandi nangis, sebab tak tahan bau bilik air.  Sedangkan takda pun bau apa kata suami. Masa mandi memang tak guna sabun atau pencuci muka LANGSUNG. Masa ni, tak kisah la muka naik jerawat, muka berminyak ka, muka nak jadi apa pun tak kisah. Asalkan, aku tak hidu semua bau sabun tu.

Lalu dapur, muntah. Haha Kronik sangat. Dapur memang tak berasap pun selama mungkin dalam 3 atau 4 bulan. Fuh. Asyik makan luar. Itu pun, aku memang tak mau makan. I lost 5 kg for the first trimester. Muka pun cengkung dan pucat sangat. Tak berseri langsung.

Alahan seterusnya yang bila aku fikir sekarang alahan pelik ialah aku tak suka media sosial, contohnya Facebook. Hahaa
Aku tak boleh tengok sebarang newsfeed kat Facebook tanpa rasa 'annoyed' atau sakit hati. Lucu sangat bila fikir balik.
Masa mengandung tu, aku rasa aku benci sangat nak tengok apa-apa yang ada kat dalam Facebook. Hal baik aku kata minta puji sangat sebab hal macam tu pun nak kongsi. Hal buruk aku kata kenapa la wujud orang jahat/benda tak baik kat dalam dunia ni. Semua serba tak kena kat aku masa tu. Sampai tahap aku deactivated account Facebook aku semata-mata tak nak log in. Haha

Another social media yang aku deleted ialah blog. [kenapa la aku bertindak ikut emosi sangat ni? Dah penat buat Blog, pergi delete la pula.] Aku ada blog mula tahun 2014, masa tu nak kahwin so semua cerita pasal bride to be. Followers pun dikalangan bride to be. Bila dah mengandung, terus tak aktif blog.  Nak cerita pasal hal kahwin semua tertunggak. Satu pun takda aku cerita. Semua sebab aku malas nak tengok social media ni. Masa tu dah tanya kat diri sendiri, "apa la yang aku benci sangat kat Facebook dan Blog ni?". Heee Sekarang kan dah menyesal.

Semua alahan tu beransur pulih masa kandungan masuk 5 - 6 bulan. Makan pun berselera. Semua boleh makan. Dah boleh masuk dapur masak. Cuma bau sabun masih tak boleh hidu sangat. Mandi pun dah tak nangis-nangis macam dulu dah. [drama sangat, padahal mandi ja pun bila difikir balik.huhu] Dah active kan balik Facebook, dah boleh Blog walking. :) Tapi,  Blog dah permanently deleted. Takpa la. :)

So, baru-baru ni aku dah bagi deactivated semula account Facebook aku. Oh, bukan sebab pregnant lagi. [hehehee] Cuma rasa, nak kurangkan masa dalam sosial media ni. Nak fokus lebih pada Jannah yang semakin aktif. Macam-macam perangai dia sekarang ni. Walaupun, kekadang Mama stress sangat nak layan Jannah tapi Mama bersyukur sebab Allah bagi peluang kat Mama untuk jadi seorang ibu. Alhamdulillah.  :)

Comments

Bashtiah Nahrul said…
Fiza, bash masa pregnant tak ada alahan langsung... Alhamdulillah. Cuma masa 4 minggu tu tak boleh makan nasi, tak lalu. Hm.. Bash pun dah cuba nak kurangkan online. Tapi tak delete... Masa pantang mak bash strict tak bagi tengok tv hp semua. Bila dah habis pantang rasa macam boleh hidupla tanpa fb. Hahaha

Tapi tak deactivate. Bash unfollow orang-orang yang tak berapa rapat jadi dapat tengok orang yang penting pada kita je.

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Nak tahu, masa tidur anak yang sentiasa berubah-ubah buat kan ibu yang berpantang pun tidur tak tentu.  Kejap hari ni malam berjaga. Besok pula subuh berjaga. Ada yang tak tidur langsung seharian.  Itu normal. 
1st time Mom, akan mudah rasa tertekan sebab belum ada pengalaman nak jaga new born baby. Ramai kawan saya berkongsi cerita pasal tempoh berpantang masing-masing. Dan semuanya cakap ‘tak mudah’.

Bukan nak bagi takut sama ibu-ibu yang tengah tunggu hari. 😆 Tapi, ilmu berpantang kena ada untuk mengelak simptom kemurungan.  Pernah dengar meroyan?  Itu dah tahap serius.
Tapi sebelum saya kenal Shaklee, ketika berpantang anak yang sulung saya mungkin dalam tahap tertekan sebab tak cukup rehat, penat, mudah lapar,  susu tak meriah di awal tempoh berpantang, sembelit,  luka lambat sembuh, mudah menangis.
Ya betul, saya di awal fasa berpantang cepat tersentuh.  Ada ja nak ditangisi.  Bila fikir balik, tiada pun hal yang teruk masa berpantang.  Hehe Pendek kata, emosi tak stabil.
P…

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP

Oleh kerana, sepanjang April ni ESP tengah Promosi, saya akan berkongsi pengalaman dan perubahan sendiri selepas minum ESP secara konsisten selama setahun lebih.
Saya kenal ESP ni mula tahun 2014. Masa tu dah macam trend, semua orang minum ESP sebab nak cantik. Tapi, saya tak beli pun ESP ni sebab saya tengah consume satu kolagen yang agak mahal dalam harga RM 200 lebih.

Dah beli 3 kotak kolagen tu, saya dapat rasa ada perubahan di kulit muka. Tapi, Ya Allah mahal ya RM 200  sekotak kolagen tu dan di dalam dia cuma ada 15 sachet.

Saranan minum kolagen tu untuk bagi berkesan ialah 2 sachet sehari. Allah, memang tak mampu la nak teruskan consume sebab saya masih tengah study tak bekerja.

So, pada tahun yang sama, saya dah berkahwin dan hamil. Bila nampak ada orang berkongsi pasal kebaikan ESP untuk ibu hamil, saya terus pujuk suami beli. 😁

Terpujuk la juga Suami beli ESP dan mula minum masa hamil dua bulan. Tapi, sebab mual dan muntah 24 jam sehari, saya berhenti minum sebab tak l…

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee ialah minuman kegemaran bagi peminat Shaklee. 
Tak kisah, lelaki atau perempuan, yang muda atau tua, bujang atau yang sudah berkahwin, semua suka pada ESP Shaklee. 
Kenapa ramai sangat yang jatuh hati pada ESP Shaklee ni? Sebab rata-ratanya telah dapat seribu manfaat dan khasiat hasil daripada minum ESP Shaklee secara konsisten. 
Jadi, sebelum tu saya nak terangkan sikit apa itu ESP SHAKLEE.

Energizing Soy Protein atau ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangi dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran kita seperti milo, horlicks, susu segar atau buah-buahan yang dikisar bersama dengan ESP.
ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah oleh suhu yang tinggi. So, ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas.

ESP Shaklee adalah daripada kacang soya dimana ia tinggi dengan sumber PROTEIN.  

Badan kita ni memerlukan sangat p…