Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Bersalin :: Dewan Bersalin. PART 2.

Jam 11 malam

Suami dah boleh masuk temankan aku. Masa ni, perasaan bercampur baur,  ada rasa happy kejap lagi dah boleh tengok baby, rasa takut pun ada, rasa nervous pun ada, all in one. Kami berdua tak banyak cakap pun masa kat dalam dewan bersalin ni.  Bilik dia tak besar, ada katil dan beberapa alat perkakas tu semua, dan luas bilik tu muat dalam mungkin 8 orang. Yang bagus ya, ada tandas sendiri tapi kena kongsi dengan bilik sebelah. Tapi kongsi ruang tandas ja.

Doktor yang bertugas masa tu doktor perempuan dan seorang midwife. Syukur dapat doktor dan midwife perempuan. Kalau dapat doktor lelaki memang malu la aku. Huhu Dah la seluk cek bukaan dibuat oleh doktor lelaki pagi tadi. [argh, malas nak ingat balik pasal doktor tu.]

Nurse dah mula gantung air kat pergelangan tangan aku. Aku pun dah get ready nak rasa sakit. Ok. Mula-mula,  tak la sakit mana pun. Lama kelamaan, sakit dah selang 10 minit. Masa ni, dah genggam kuat-kuat tangan suami. Mulut berzikir. Tekak rasa haus. Tapi n…

Bersalin [Part 1]

Bila perut dah rasa sangat tegang, rasa kat dalam rahim ni tiada ruang untuk baby kat dalam nak pusing-pusing, so baby pun dah malas sangat nak bergerak. [Kadang-kadang,  satu hari baby hanya gerak sikit ja. Oleh kerana risau, aku tepuk-tepuk manja kat perut nak bagi baby bangun dan gerak.huhu Kalau baby tak aktif bergerak, aku makan.  Iya, makan sebab mungkin baby tak bertenaga asyik nak tidur kot.]

Kaki mudah lenguh, cepat sangat rasa kebas dan mula bengkak. Tenaga pun cepat ja habis, asyik nak tidur. Masa tu, aku rasa 'oh baby, cepat la keluar ya, Mama dah tak sabar ni'.

Hari-hari aku doa cepat la bersalin. Moga Allah mudahkan la proses bersalin aku nanti. Takut. Tapi pada masa yang sama, aku nak cepat bersalin. [Sebab dah penat yang amat. Haha]

So, on my 39 weeks of pregnancy,  mak dah datang dari kampung. Nak temankan aku kat rumah masa suami pergi kerja. Tapi mak cakap, selalunya anak sulung lewat sikit bersalin. Tapi untuk aku tidak. Heee

Aku perasan kat ruang rahim ak…

Alahan Pelik Masa Hamil

Aku mula ada alahan masa mengandung pada usia kandungan 5 minggu. Lepas doktor dah sahkan aku mengandung, automatik ja perasaan muntah-muntah, pening kepala, badan lesu semua tu datang. Siapa yang pernah merasa morning sickness (oh, in my case, it's all the time sickness), memang nak nangis dan rasa ah cukup la sekali mengandung.  Hee

Hidu bau masakan,  muntah. Dengar jiran memasak pun, muntah.
Hidu bau sabun baju, sabun pencuci piring, sabun mop lantai semua tu, muntah.
Teringat bau nasi pun, muntah. Tabah ja la masa ni.
Nak mandi nangis, sebab tak tahan bau bilik air.  Sedangkan takda pun bau apa kata suami. Masa mandi memang tak guna sabun atau pencuci muka LANGSUNG. Masa ni, tak kisah la muka naik jerawat, muka berminyak ka, muka nak jadi apa pun tak kisah. Asalkan, aku tak hidu semua bau sabun tu.

Lalu dapur, muntah. Haha Kronik sangat. Dapur memang tak berasap pun selama mungkin dalam 3 atau 4 bulan. Fuh. Asyik makan luar. Itu pun, aku memang tak mau makan. I lost 5 kg for …