Skip to main content

Mama is not working

Dari kecil, bila ditanya pasal cita-cita, laju sangat aku jawab 'nak jadi cikgu'.
Beberapa bulan sebelum tamat pengajian, tiba- tiba dapat tawaran untuk sambung Master.
Masa tu aku dan suami dah berkahwin sebulan. So aku tanya dan minta pandangan kat suami 'nak sambung belajar atau tak?'.  Berhari-hari juga aku fikir nak terima tawaran atau tak? Pihak universiti bagi tempoh sebulan untuk bagi keputusan. Akhirnya, aku tekan butang 'terima'.

Sepanjang tempoh latihan industri dan pada masa yang sama, lagi baki 4 bulan untuk aku nak habiskan pengajian dan tunggu nak konvo, Allah murahkan rezeki. Aku mengandung.  Hati berbelah bagi nak sambung tak lagi tawaran Master tu? Bila alahan makin teruk, aku buat keputusan tak sambung belajar. Dan aku gembira buat keputusan tu. Hehe Rasa penat dah study ni. It's the time to enjoy the life. Life as a wife and soon the be a mother.

Lepas saja konvo, aku jadi suri rumah sepenuh masa. :)

9 months later, our princess has born. Aku masih tak berkerja dan jadi suri rumah. 24 jam jaga anak,  mengurus rumah, siap sediakan keperluan suami dan anak. I'm happy with it.

Famili aku tak tanya pun aku nak kerja atau tak. Lebih-lebih lagi mak aku. Sebab mak pun seorang suri rumah. Aku suka mak aku sentiasa ada kat rumah bila tiap kali aku balik rumah.

So, one find day...some one suddenly giving some comment,

"Rugi sekolah tinggi-tinggi tapi tak nak kerja."

That's was the 1st time a person talked to me like that and I'm not shocked at all.  Aku tahu, akan tiba masanya akan ada orang berkata macam tu. Ok.
Tapi, aku tak sangka yang memberi pendapat begitu adalah seorang suri rumah juga. Mungkin dia tidak berniat nak kecilkan hati aku. Tapi, jujur aku terasa dengan kata-kata dia. :(

Benda macam ni dah dijangka. Dari hari pertama bila diri ni buat keputusan untuk jadi suri rumah, aku dah bersedia untuk dikata orang. Tapi, hidup kita ini tidak bersandarkan apa pandangan orang.

Ya,betul. Aku pernah terfikir, kalau kerja mesti seronok. Boleh beli apa saja dengan duit sendiri. Tak payah nak susah kan suami untuk berbelanja macam-macam untuk aku. Kalau kerja, ada masa bersendirian. Tak payah nak melekat dengan anak 24 jam. Penatnya jaga anak. Kalau kerja, boleh jumpa kawan. Boleh hadir majlis macam bagai. Boleh berpakaian lawa, cantik bersolek, hidup akan lebih menarik.

Tapi,  bila dah malam, aku akan berfikir.  Pasal anak, pasal suami, pasal tujuan utama aku berkerja dan banyak lagi. Ada kebaikan dan keburukannya bila si isteri tak berkerja. Cuma dalam kes aku, lebih banyak kebaikan kenapa aku tak berkerja daripada keburukan.

Beribu artikel dan beratus blog dah cerita pasal kehidupan suri rumah ni. Ada sampai mengeluh penat. Yes, me too. Aku pun penat. Suri rumah memang kerja tiada rehat. Wanita yang dah kerja kat luar di waktu pagi, dan balik ke rumah still nak kemas rumah, jaga anak dan masak....lagi penat, esok kena siap pula nak awal gerak ke tempat kerja.

Bila rasa diri ni penat, aku akan search YouTube tengok balik ceramah daripada ustaz azhar atau ustaz Don Daniel pasal pahala untuk isteri yang menjadi suri rumah. Terubat banyak jiwa lepas dengar ceramah tu. Bila penat, malam amalkan berzikir sebelum tidur. Itu pesan Rasulullah kepada puterinya bila anak baginda mengadu penat sebab berkerja di siang hari nak urus rumah tangga. Macam-macam artikel aku baca,  semuanya pasal suri rumah. It's make me feel better.

Rugi?  Hmm, part mana rugi aku dah belajar 'tinggi' tapi tak kerja? Aku pun tak tahu. Aku tak pernah rasa rugi pun, sebab ilmu yang aku dapat dulu ialah ilmu pengetahuan dan satu pengalaman untuk aku menjadi seorang yang lagi matang. Arwah bapa aku pernah pesan, tak rugi anak perempuan bersekolah tinggi. Ilmu yang dia dapat dapat didik anak-anaknya kelak.

Woman must support woman too. Please don't judge others.
10 things successful woman refuses to do:
1. Gossip about others
2. Judge other woman
3. negative self-taught
4. Live for others
5. Put their dreams on hold
6. Stop learning
7. Stop listening
8. Remain silent
9. Live with worry and doubt
10. Settle for less

I'm proud to be a Stay home mum. :)

Comments

Bashtiah Nahrul said…
Hi, shafiza! Found your blog through ruang komen maria elena. Thanks for sharing your thoughts as a housewife. I baru a few months tak keluar bekerja (pregnant and now dah ada baby), must admit sambil jaga anak tu banyak berfikir how to work dah 24/7 kena dengan dia. But I did the same too, dengar apa pahala jaga anak dan rasa lebih baik :)
shafiza said…
Hehe betul :) thanks for stopping by here. :)
Surirumah adalah kerja yang paling mulia. Tak boleh nak ambil hati sgt kata2 org. Sbb diaorang tidak berada di tempat kita. Kita buat je apa yg kita rasa betul.

~ Saya pun dah jdi surirumah juga...heee
Surirumah adalah kerja yang paling mulia. Tak boleh nak ambil hati sgt kata2 org. Sbb diaorang tidak berada di tempat kita. Kita buat je apa yg kita rasa betul.

~ Saya pun dah jdi surirumah juga...heee

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

Nak tahu, masa tidur anak yang sentiasa berubah-ubah buat kan ibu yang berpantang pun tidur tak tentu.  Kejap hari ni malam berjaga. Besok pula subuh berjaga. Ada yang tak tidur langsung seharian.  Itu normal. 
1st time Mom, akan mudah rasa tertekan sebab belum ada pengalaman nak jaga new born baby. Ramai kawan saya berkongsi cerita pasal tempoh berpantang masing-masing. Dan semuanya cakap ‘tak mudah’.

Bukan nak bagi takut sama ibu-ibu yang tengah tunggu hari. 😆 Tapi, ilmu berpantang kena ada untuk mengelak simptom kemurungan.  Pernah dengar meroyan?  Itu dah tahap serius.
Tapi sebelum saya kenal Shaklee, ketika berpantang anak yang sulung saya mungkin dalam tahap tertekan sebab tak cukup rehat, penat, mudah lapar,  susu tak meriah di awal tempoh berpantang, sembelit,  luka lambat sembuh, mudah menangis.
Ya betul, saya di awal fasa berpantang cepat tersentuh.  Ada ja nak ditangisi.  Bila fikir balik, tiada pun hal yang teruk masa berpantang.  Hehe Pendek kata, emosi tak stabil.
P…

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP

Oleh kerana, sepanjang April ni ESP tengah Promosi, saya akan berkongsi pengalaman dan perubahan sendiri selepas minum ESP secara konsisten selama setahun lebih.
Saya kenal ESP ni mula tahun 2014. Masa tu dah macam trend, semua orang minum ESP sebab nak cantik. Tapi, saya tak beli pun ESP ni sebab saya tengah consume satu kolagen yang agak mahal dalam harga RM 200 lebih.

Dah beli 3 kotak kolagen tu, saya dapat rasa ada perubahan di kulit muka. Tapi, Ya Allah mahal ya RM 200  sekotak kolagen tu dan di dalam dia cuma ada 15 sachet.

Saranan minum kolagen tu untuk bagi berkesan ialah 2 sachet sehari. Allah, memang tak mampu la nak teruskan consume sebab saya masih tengah study tak bekerja.

So, pada tahun yang sama, saya dah berkahwin dan hamil. Bila nampak ada orang berkongsi pasal kebaikan ESP untuk ibu hamil, saya terus pujuk suami beli. 😁

Terpujuk la juga Suami beli ESP dan mula minum masa hamil dua bulan. Tapi, sebab mual dan muntah 24 jam sehari, saya berhenti minum sebab tak l…

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee ialah minuman kegemaran bagi peminat Shaklee. 
Tak kisah, lelaki atau perempuan, yang muda atau tua, bujang atau yang sudah berkahwin, semua suka pada ESP Shaklee. 
Kenapa ramai sangat yang jatuh hati pada ESP Shaklee ni? Sebab rata-ratanya telah dapat seribu manfaat dan khasiat hasil daripada minum ESP Shaklee secara konsisten. 
Jadi, sebelum tu saya nak terangkan sikit apa itu ESP SHAKLEE.

Energizing Soy Protein atau ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangi dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP ni boleh dibancuh dengan minuman kegemaran kita seperti milo, horlicks, susu segar atau buah-buahan yang dikisar bersama dengan ESP.
ESP dibancuh dengan air sejuk atau air suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah oleh suhu yang tinggi. So, ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas.

ESP Shaklee adalah daripada kacang soya dimana ia tinggi dengan sumber PROTEIN.  

Badan kita ni memerlukan sangat p…