Cerita berpantang di NICU

Assalamualaikum 

Aku bukan la kategori mak yang super hebat sangat dalam perihal bf ni. Pernah nampak tak ibu-ibu yang bf ada stok ebm yang penuh satu peti ais, fuh! Dorang memang sangat hebat.

Aku dikategorikan ibu yang Just average. Yes, my daughter is fully breastfeeding with me. Tiada susu formula tambahan diberi. Tapi, aku tak hebat macam ibu lain sampai nak stok ebm. Mungkin sebab aku suri rumah dan memang berkepit dengan anak 24/7. :)

Nak kata berjaya dalam bf, em..kira berjaya la juga. Huhu walaupun ada hate and love dalam bf ni. Mula-mula,  aku kena berterima kasih kepada Allah, sebab Allah murahkan rezeki kami (anak dan aku) dengan lancar.  Moga-moga dapat susukan anak sampai dia berumur 2 tahun 5 bulan.

Pada mulanya, aku memang dah siap pasang niat. 'Nak bf kan anak sampai umur 2 tahun.' Selepas aku bersalin,  baby disuspect dijangkiti kuman sebab darah putih tinggi. Untuk elak benda tak elok berlaku, aku dan baby dimasukkan dalam NICU.

Dalam NICU ni, kena tabah sikit. Semua kena urus sendiri. Hingga lah nak susu kan anak, aku memang tak tahu. Nurse kat dalam wad tu yang ajar macam mana nak bf kan baby. Hari pertama, memang aku hampa sangat. Sedih. Takda langsung air susu yang keluar. Nak nangis tapi malu sebab ramai orang kat dalam wad tu. Hehe

Anak pula nangis tak henti. So, aku rasa 'aku kena do something!'. Aku lambai-lambai kat seorang nurse tu, dia pun datang. Aku mengadu,  takda air susu pun yang keluar. Dia pun periksa, tekan sana sini sikit, dia pun senyum. 'Ada ni Mama, jangan putus asa, kalau tak bagi baby hisap sekarang, nanti esok lusa, breast kamu akan bengkak'. So, aku pun lega bila Nurse cakap macam tu.

Walaupun hari pertama, aku rasa masih pening, aku gagahkan juga. Duduk dan belajar posisi mana yang selesa untuk bf kan anak. Pada malam kedua, anak dah pandai sikit nak menyusu. Masa tu, anak asyik nak berkepit kat aku. Fuh, penat rasanya. Sebab tidur tak lena,  badan masih lenguh. Tapi, still aku nak anak aku dapat susu. Aku tengok pesakit lain pun tengah struggle. Ada yang tak tidur juga macam aku.

Kasihan kat baby yang ada kat NICU,  ada kes kuning, kes paru-paru lemah, kes pra-matang. Aku jadi syukur sebab bila lihat anak aku, anak aku keadaan sihat walafiat.  Cuma,  kami dimasukkan ke dalam NICU untuk tujuan pemantauan.

Esok hari, aku masih tak dapat tidur sebab anak masa tu nak dipangku 24 jam. Fuh, lenguh tangan. Lepas suami hantarkan sarapan, bersihkan badan anak, tengokkan anak kejap sementara aku bersihkan diri, tiba-tiba baju aku basah. Akhirnya,  air susu menitis keluar tapi sedikit saja. Staff nurse yang berbaju biru, pangkat dia besar sikit kan, dia tegur aku. Tanya hari ke berapa bersalin, aku bagitau baru hari kedua. Dia cakap, bagus dah ada air susu, kena positif. Masa tu, aku rasa syukur sangat. Betul kena positif walaupun dalam keadaan yang tak mandi dalam wad. Huhu Demi anak.

Masa berpantang,  anak ada jaundice. Walaupun mak nak bagi susu formula,  katanya anak tak minum banyak susu memang akan kuning. Aku tak la halang atau nak bantah, orang tua kan cepat kecil hati kalau kita nak bantah sangat. Huhu Tapi, aku cakap kat mak, cuba bagi peluang kat aku nak bf anak sepenuhnya.  Mungkin akan turun jaudis. Mulanya, mak macam tak berapa nak yakin sangat. Sebab air susu aku masa tu tak banyak, tapi lama kelamaan, dah lancar dah. Jaundice anak pun berkurangan.  :)

Betul, bf anak ni memang penat. Kadang-kadang,  sambil tertidur sambil bf kan anak, satu kerja apa semua tertangguh. Masa mula dulu, memang sampai ke tahap tak dapat nak masak. Asyik tapau makanan luar. Tak pandai sangat lagi, time management gagal sangat ni. Hehe

Tapi, ibu yang nak bf kan anak, perlukan sokongan dari suami. Suami peranan besar dan penting dalam hal ni. Syukur,  suami amat sokong la aku nak bf kan anak. Selain anak sihat, duit pun jimat dapat. Hee

Pada mulanya, leceh amat.  Nak pergi mana mesti fikir dua tiga kali, nak pakai baju sesuai untuk senang bf kan anak. Tapi, aku berfikir dan rasa bersalah amat dengan anak. Sebab tu hak anak nak menyusu walaupun kat mana dan bila-bila ja, kan? Kalau Allah tarik balik nikmat,  macam mana? Cepat-cepat fikir waras sikit, tarik nafas panjang, istighfar banyak. Dah tak rasa leceh pun, lagi mudah bila anak yang direct bf. :) Ada masanya, memang kurang air susu. Mungkin aku tak makan banyak, sakit atau not in a mood. Kalau pasal supplemen,  aku tak makan sangat sebab aku jenis tak rajin nak makan.  Walaupun dah beli, depan mata supplemen tu, mesti kadang-kadang aku terlupa nak makan. Huhu Bab makan, aku tak diet. Cuma makan berkadar. Tak lebih kepada makan berminyak. Lebih suka makan roti atau biskut.  Kalau nasi, macam biasa sehari dua kali makan. Cuma,  air kosong kena minum banyak-banyak.  Selalu isi air dalam botol dan bawah ke mana saja.

Masa bf ni, perasaan dia sangat... Tak tahu nak ungkap macammana.  Bila ada kawan yang akan bersalin, aku lah orang pertama yang teruja nak cerita pasal direct breastfeeding.  Hehe Alhamdulillah,  Allah mudahkan semuanya.

Nak ucap terima kasih pada nurse-nurse yang bertugas kat NICU Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kota Kinabalu. Sebab mereka banyak turunkan ilmu pasal susu ibu ni kat aku. Sempat lah juga aku berterima kasih kat seorang nurse yang berbaju biru tu sebelum keluar wad. Sebab dia ceritakan pengalaman dia dalam bf kan anak dia,  buat aku rasa 'wah, aku pun nak macam dia'.

Jangan putus asa bila kita rasa down, bila berdepan dengan masalah anak tak mahu direct feed. Berfikiran positif selalu. Tengok gambar anak, cium anak selalu boleh merangsang air susu. Kaji dan lebihkan banyak belajar pasal breastfeeding ni, insyaallah anak dapat khasiat susu ibu. Kalau kat Facebook, banyak sangat tips. Aku suka sangat baca blog ibu-ibu ni. Banyak manfaat. Dont stop learning. :) 

Comments

Bashtiah Nahrul said…
Shafiza, thanks for sharing! Betul la.. Sangat rasa down bila susu tak banyak.. Tapi nasihat jangan putus asa tu memang sangat betul.
shafiza said…
Sama-sama :) yg penting jgn berputus asa kan. Hihii

Popular posts from this blog

Berpantang dengan lebih tenang dan gembira

6 Golongan Yang Memerlukan ESP SHAKLEE

Kisah dan Perubahan Saya Selepas Minum ESP