Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Mama is not working

Dari kecil, bila ditanya pasal cita-cita, laju sangat aku jawab 'nak jadi cikgu'. Beberapa bulan sebelum tamat pengajian, tiba- tiba dapat tawaran untuk sambung Master. Masa tu aku dan suami dah berkahwin sebulan. So aku tanya dan minta pandangan kat suami 'nak sambung belajar atau tak?'.  Berhari-hari juga aku fikir nak terima tawaran atau tak? Pihak universiti bagi tempoh sebulan untuk bagi keputusan. Akhirnya, aku tekan butang 'terima'.
Sepanjang tempoh latihan industri dan pada masa yang sama, lagi baki 4 bulan untuk aku nak habiskan pengajian dan tunggu nak konvo, Allah murahkan rezeki. Aku mengandung.  Hati berbelah bagi nak sambung tak lagi tawaran Master tu? Bila alahan makin teruk, aku buat keputusan tak sambung belajar. Dan aku gembira buat keputusan tu. Hehe Rasa penat dah study ni. It's the time to enjoy the life. Life as a wife and soon the be a mother.
Lepas saja konvo, aku jadi suri rumah sepenuh masa. :)
9 months later, our princess has bor…

Cerita berpantang di NICU

Assalamualaikum 
Aku bukan la kategori mak yang super hebat sangat dalam perihal bf ni. Pernah nampak tak ibu-ibu yang bf ada stok ebm yang penuh satu peti ais, fuh! Dorang memang sangat hebat.
Aku dikategorikan ibu yang Just average. Yes, my daughter is fully breastfeeding with me. Tiada susu formula tambahan diberi. Tapi, aku tak hebat macam ibu lain sampai nak stok ebm. Mungkin sebab aku suri rumah dan memang berkepit dengan anak 24/7. :)
Nak kata berjaya dalam bf, em..kira berjaya la juga. Huhu walaupun ada hate and love dalam bf ni. Mula-mula,  aku kena berterima kasih kepada Allah, sebab Allah murahkan rezeki kami (anak dan aku) dengan lancar.  Moga-moga dapat susukan anak sampai dia berumur 2 tahun 5 bulan.
Pada mulanya, aku memang dah siap pasang niat. 'Nak bf kan anak sampai umur 2 tahun.' Selepas aku bersalin,  baby disuspect dijangkiti kuman sebab darah putih tinggi. Untuk elak benda tak elok berlaku, aku dan baby dimasukkan dalam NICU.
Dalam NICU ni, kena tabah s…